adeeb Akustik


Click here for Myspace Layouts

Saturday, October 1, 2011

kongsi erti cinta pada kita

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca semua.



Apa itu erti cinta? Jika ada yang bertanyakan kepada saya soalan tu saya akan jawab"cinta adalah anugerah yang paling berharga yang diberikan oleh Allah kepada manusia, tidak boleh dilihat, dipegang atau disentuh tetapi dapat dirasa oleh hati yang tulus suci mencintai." Merasa dengan hati itulah yang membuat orang tersiksa bila kecewa kerana cinta.



saya pernah bercinta,mencintai dan dicintai tetapi semuanya telah berlalu pergi kerana tiada keikhlasan dalam cinta itu. saya pernah kecewa, tersiksa jiwa dan raga disebabkan cinta. Terasa sangat sakit bila kecewa disebabkan cinta. Jika orang bertanyakan mana yang lebih sakit antara luka terkena pisau dengan luka hati disebabkan kecewa dengan cinta, saya akan menjawab luka dihati.



Sekarang saya hanya berserah pada takdir, takdir yang dapat tentulan segalanya. Cinta saya itu biarkan berlalu pergi dan terus pergi. saya tidak akan lagi mengejar cinta itu lagi kerana saya sangat yakin cinta akan datang tanpa dicari. Cinta itu bukan meminta tetapi cinta itu memberi. Rugilah cinta saya jika saya terlalu memberi kepada insan yang langsung tiada sifat menerima seadanya.



Dulu saya terfikir kenapa orang cakap cinta jarak jauh ni tidak boleh dan tipis untuk berjaya. Untuk membuktikan kepada orang yang berkata begitu saya pun cuba buktikan kepada merekan bahawa cinta jarak jauh ni boleh. Tetapi akhirnya usaha saya untuk membuktikan cinta jarak jauh itu boleh tidak terhasil. saya tertanya-tanya adakah kata-kata mereka itu semua betul? Masih mencari-cari jawapan itu tetapi belum ditemui kerana kegagalan dalam usaha pertama.

No comments:

Post a Comment